. The Best Product & Great Business Opportunity In Malaysia: Company Info

Sunday, November 18, 2012

Company Info





Di Elken, asas kami adalah berdasarkan kepercayaan.

Kepercayaan ialah sebab utama kami mampu berdiri teguh dan tetap selama 15 tahun.

Dari menghubungkan insan pada tahap hati-ke-hati kepada memperkaya semua aspek kehidupan mereka, kepercayaan dari pihak luar dan kepercayaan kami terhadap pihak luar sentiasa menjadi asas kekuatan dan motivasi kejayaan setiap orang.

Kepercayaan inilah yang menjadi asas untuk membina sebuah perniagaan yang berkembang maju dan dipercayai, dan demi sebab inilah kami ingin mengundang anda untuk menyertai perjalanan penuh inspirasi kami.

Disatupadukan oleh kepercayaan, kami menawarkan yang lebih daripada yang diperlukan, demi kehidupan yang gembira dan sentiasa diingati.



PENCAPAIAN

1995

Pengasasan Elken Sdn. Bhd.
Membuka Cawangan Elken Johor Bahru

1997

Penubuhan ELKEN Singapura
Membuka Cawangan Elken Kota Kinabalu
Memperoleh status 10 Syarikat Terkemuka di kalangan syarikat jualan langsung Malaysia seperti yang dilaporkan di majalah ‘Today’

1998

Membuka Cawangan Elken Seberang Jaya
Penubuhan kilang yang tercanggih untuk penghasilan Sistem Penulenan Air Osmosis Songsang (R.O.)
Pensijilan ISO9002 oleh SIRIM, menjadikan Elken syarikat jualan langsung Malaysia yang pertama memperolehnya
Mencapai turnover dalam purata RM10 juta setiap bulan sepanjang masa



1999

Penubuhan ELKEN Indonesia (Jakarta)

2000 Penubuhan ELKEN Thailand (Bangkok)
Membuka cawangan Elken di Medan Indonesia
Memperoleh hartanah untuk dijadikan Ibu Pejabat dengan keluasan melebihi 100,000 segi kaki





ANUGERAH KORPORAT

Kekuatan ELKEN terletak pada visi korporatnya yang telah mengemudikan syarikat ini bagi membina satu asas yang kukuh melalui urus tadbir korporat, penguasaan ilmu, peningkatan produktiviti, inovasi berterusan serta perkhidmatan komuniti. ELKEN telah membuktikan berkali-kali sebagai peneraju dalam industri yang diceburinya.

Anugerah Emas Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2008, 2009

ELKEN Bio Pure telah dianugerahi Anugerah Emas Jenama Dipercayai Reader’s Digest (Malaysia) untuk 2 tahun berturut-turut oleh penganugerah terkemuka Asia untuk prestasi jenama. Dalam kaji selidik jenama ini, pengguna yang dipilih secara rawak diminta menilai sesuatu jenama dari segi imej kewibawaan, kebolehpercayaan, kualiti, nilai, pemahaman terhadap keperluan pengguna dan inovasi. Hasilnya, ELKEN Bio Pure muncul sebagai satu-satunya Jenama Dipercayai dalam kategorinya yang dapat menyingkirkan hampir kesemua pencemar air.

Mohor Emas WQA 2008

Siri ELKEN Bio Pure Ken telah dianugerahi Mohor Emas WQA S-300, salah satu mohor lambang kualiti dan prestasi yang paling dihormati dan diperakui dalam industri rawatan air. ELKEN Bio Pure merupakan salah satu daripada tiga penerima di seluruh dunia setakat ini, dan yang pertama dan satu-satunya sistem yang berasaskan membran di Asia yang menerima perakuan industri antarabangsa.